XpMac
Ditulis oleh haziqwebs on June 12, 2009 – 3:16 pm -
Pasti sekali korang semua ingin memiliki sebuah peranti/komputer berjenama Apple..nak beli pc apple terlalu mahal laaa…so kali ini haziQ nak berkongsi ngan korang macam mana menjadikan Windows XP korang kepada Mac sepenuhnya, termasuklah cuscor,wallpaper dan icon. Untuk merealisasikan impian anda untuk memiliki sebuah Mac OS sila download perisian di sini.
Tags: apple, cuscor, mac, mac apple, mac os, mac osx, macxp, os, osx, wallpaper, xpmac
Posted in Info IT | Tiada Komen »
Ungroup taskbar programme
Ditulis oleh haziqwebs on June 6, 2009 – 12:55 pm -Kepada korang yang tidak mahukan korang punya taskbar jadi grouping, korang hanya perlu tekan Properties pada taskbar dan pop-up Taskbar and Start Menu Properties akan terbuka

Korang perlu un-tick kan “Group similar taskbar buttons”, dan pastikan anda menekan butang Apply dan OK

dan apabila anda buka banyak program dalam satu masa pon, die tak akan grouping.
Tags: taskbar, taskbar ungroup, tutor, ungroup
Posted in myTutor | Tiada Komen »
Yuna-Dan Sebenarnya
Ditulis oleh haziqwebs on June 5, 2009 – 4:54 pm -oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh–
Untuk muat turun lagu ini sila tekan baca lagi
Tags: dan sebenarnya, muat turun, muat turun yuna, muat turun yuna dan sebenarnya, muaturun, sebenarnya, yuna, yunalis, yunalis dan sebenarnya
Posted in myDownload | Tiada Komen »
Sebab mengapa Stadium Tunku Mizan runtuh..
Ditulis oleh haziqwebs on June 4, 2009 – 4:17 pm -Mengikut pemerhatian orang sekeliling ini adalah sebab utama mengapa Stadium di Gong Badak Runtuh..

Source : http://www.lawakjenaka.com
Tags: gong badak, stadium, stadium runtuh
Posted in myJoke | Tiada Komen »
Hukum Memberi Dan Menjawab Salam
Ditulis oleh haziqwebs on June 4, 2009 – 3:25 pm -Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua. Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain. Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa. Dalilnya ialah hadis nabi : ( يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم ),
maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud)
Begitu juga wajib menjawab salam yang dikirimkan samada dikirimkan menerusi seseorang secara lisan atau dikirim menerusi tulisan apabila kiriman tersebut sampai. Dalilnya ialah hadis Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda kepada saya:
( هذا جبريل يقرأ عليك السلام ) bermaksud: “ini dia JIbril menyampaikan salam kepadamu. Kata Aisyah; saya menjawab : ( وعليه السلام ورحمة الله ) –wa`alaihissalam-bermaksud: dan ke atasnya salam juga. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Disunatkan juga membalas kepada pengantara yang membawa kiriman salam dengan menjawab : ( وعليك وعليه السلام ) –wa`alaika wa `alaihissalam- bermaksud; ke atas mu dan ke atasnya salam. Dalilnya ialah hadis daripada Ghalib al-Quttan daripada seorang lelaki katanya memberitakan kepadaku oleh bapaku daripada datukku katanya; bapaku mengutuskan daku bertemu dengan Rasulullah dengan arahan; datangilah baginda dan sampaikan kepada baginda salam. Lalu aku bertemu baginda dan berkata: bapa saya menyampaikan salam kepada tuan. Lalu baginda menjawab: ( عليك السلام وعلى أبيك السلام ) ke atas kamu dan ke atas bapamu salam. ( hadis riwayat Abi Dawud). Menurut Imam Nawawi, hadis ini mengandungi seorang perawi yang tidak dikenali. Namun hadis-hadis tentang amalan-amalan yang lebih (sunat) diberi kelonggaran oleh ahli-ahli ilmu.
Tags: hukum, hukum jawab salam, jawab salam, salam
Posted in myIslamic, myLife | Tiada Komen »
Celcom Broadband
Ditulis oleh haziqwebs on June 2, 2009 – 4:45 pm -
baru-baru nie ayah haziQ dapat tawaran untuk miliki satu “Celcom Broadband”, gambar alat dekat atas nie rase nyer hampir RM300…tapi ayah haziQ dapat bende dekat atas nie free sebab setiap Pegawai Pendidikan sunat(tidak wajib, kalo nk beli tak per)untuk memiliki Celcom Broadband nie…tapi bayaran bulanan harus dibayar….tak kan semua nk free….melampau dah tuuu..tapi dengan Celcom Broadband haziQ tidak akan terputus la dengan internet…smada di dlm kereta atau di tempat yang tiada wireless…walaupun sesetengah org ckp Celcom Broadband nie lembap tahap kronik…pada haziQ tak de la selembap Dail-Up….
Tags: broadband, celcom, celcom broadband
Posted in MyStuff, myLife | Tiada Komen »
Adakah percintaan itu indah?
Ditulis oleh haziqwebs on May 30, 2009 – 9:49 pm -Percintaan tak semestinya indah! Kadang kala cemburu mengekorinya hinggakan bole memusnahkan mahligai yg di bina ..
Percintaan tak semestinya indah! Setiap detik bole gila bayang d buatnya memikirkan seseorang itu…tetapi adakah dia jua begitu?
Percintaan tak semestinya indah! Kadang kala hati bisa berubah..bilamana ia terjadi di mana letaknya keikhlasan kejujuran dan kesetiaan hati ?
Setiap detik dan waktu perasaan itu walaupun indah namun bisa menjadi duri yg bisa..menusuk jiwa luka menyebabkan parut yg tk bisa hilang walaupun d tempuhi masa yg lama memakan berzaman..
Kenapa ade yg sanggup berdusta utk memuaskan hati sendiri..? Pelik ..sungguh pelik..
Percintaan………………………………………………………………………….adakah indah?
Tags: adakah, cinta, indah
Posted in myLife | Tiada Komen »
Joystick
Ditulis oleh haziqwebs on May 27, 2009 – 6:35 pm -
Sekian lama haziQ ingin memiliki sebuah Joystick akhirnya tercapai..Hari sabtu yang lepas setelah balik dari tuisyen saje je pergi lepak dekat kedai komputer di Kuala Kangsar, sedang lepak-lepak dekat situ, kawan haziQ cakap die nak beli satu Joystick, so terlintas la di hati ini untuk memiliki sebuah Joystick, seluk2 poket tu rase cam de je duit nie…ape lagi…beli la sebuah….tapi munkin tak sehebat Joystick korang kat luar sana yang memang “Gamer”….
Tags: joystick, Kuala Kangsar, tuisyen
Posted in MyStuff | Tiada Komen »
e-PPDa
Ditulis oleh haziqwebs on May 24, 2009 – 7:10 pm -


Minggu nie haziQ telah sertai Pertandingan e-PPDa…pertandingan tersebut disertai oleh tiga orang plajar…iaitu….haziQ, NiNa, n BiHa(superB)…kitorang da lepas peringkat daerah…tetapi peringkat negeri tak lepas la pulak, Bertempat di SMK King Edward VII dan SMK Dr Burhanuddin…Johan oleh SMK Seri Samudera, Naib Seratas…SMK Simpang Beluru no 4…..adoi…..nak wat camne..dah bukan rezeki…lepas nie tumpuan haziQ hanya pada PMR….
Tags: Anti Dadah, e-PPDa, pertandingan
Posted in myLife | Tiada Komen »
Selamat Hari Ibu….
Ditulis oleh haziqwebs on May 12, 2009 – 11:06 pm - 
Munkin haziQ tulis post nie lambat sikit, tapi munkin masih sempat untuk haziQ ucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ terutamanya buat ibu haziQ serta semua ibu di dunia ini. Korang tahu tak betapa besar nya pengorbanan seorang ibu yang sanggup membesarkan korang sampai jadi seorang insan yang berguna. Waktu haziQ kecil-kecil dulu….haziQ nie memang suke sangat merayau, jadi suatu hari haziQ telah hilang dekat pembukaan ‘UO’ di Ipoh, Ibu haziQ punya la risau pasal haziQ sampai satu mase ade sorang kakak ni terjumpa haziQ dan buatkan pengumuman budak hilang.
Tags: haziq, haziqwebs, Ibu, Ratu hatiku, Selamat Hari Ibu
Posted in myLife | Tiada Komen »
Memanah MSSPK
Ditulis oleh haziqwebs on May 4, 2009 – 3:23 pm -
Tahun ini haziq merasakan begitu busy, mane tak..siang, pagi, petang, malam asyik study jee…..naik gila rasenya otak ni. Tapi haziq bukan nak cerita pasal kesibukan yang melanda diri ini, haziQ nak cerita pasal Memanah peringkat Negeri Perak yang diadakan di Sek. Men. Sains Teluk Intan. haziQ terpilih untuk ergi ke MSSPK tu….tapi tak lepas la plak nak pergi kebangsaan, tapi tak per tahun depan cubaaaaa lagi….kami semua bermalam di Angsoka Hotel, Teluk Intan.
Tags: Archery, memanah, Memanah MSSPK, MSSPK, Sains Teluk Intan, SEMESTI
Posted in mySport | Tiada Komen »
Google IDC…
Ditulis oleh haziqwebs on April 29, 2009 – 7:15 pm -So awesomeeeeeee………
Tags: centre, data centre, Google, google data centre, IDC
Posted in Info IT | Tiada Komen »
Pemilihan Daerah
Ditulis oleh haziqwebs on April 12, 2009 – 8:01 am -
Untuk tiga hari yang lepas iaitu pada hari isnin, selasa dan rabu, di sekolah haziq telah diadakan latihan pusat dan pemilihan memanah tuk pergi ke daerah, dan terdapat 4 buah sekolah terlibat iaitu, smk simpang beluru, smk rkt lasah, stama, mckk. Selama tiga hari tu kitorang main jarak 60-30M
Tags: latihan pusat, mckk, memanah, pemilihan daerah, smk rlkt lasah, SMK Simpang Beluru
Posted in myLife, mySport | Tiada Komen »
Qiara_-_Hanya_Pada_Mu.mp3: 

